Assalamualaikum wbt.

Semalam, nakia dan beberapa kawan pergi Cairo, membeli belah utk pulang ke Malaysia Jun ini. Hendak dipendekkan cerita, ditakdirkan Allah, atas asbab kecuaian diri nakia, handphone Samsung SGH L760 dan Purse nakia diseluk di City Star-Fabulous. Nakia tersenyap seketika jugakla, tak pernah seumur hidup kehilangan BARANG penting. Tapi, masih boleh terima hakikat, masih tenang, Alhamdulillah.

Pagi tadi, bukak YM, ade off9 msg dari abah. Sangat2 tersentuh dan terharu. Jazakallah Abah!!



Anak abah yang dikasihi,hormati lagi disayangi. Ini kata-kata semangat dari abah:
"Segalanya berlaku dengan kehendak Allah. Jika sesuatu itu adlah rezeki kita, ia tetap akan bersama dengan kita"

Jika kita kembali kepada Allah....kita tidak akan berdukacita.
Allah akan beri sesuatu yang lebih baik lagi.
Ada hikmah disebalik sesuatu perkara yang berlaku.
Ada kemanisan desebalik kepahitan.
Ada kepahitan di sebalik kemanisan
Ada kegembiraan di sebalik kedukaan.
Ada kedukaan di sebalik kegembiraan
Ada kebencian di sebalik kesayangan dan Ada kesayangan di sebalik kebencian.
Biasalah tu.... kan ada juga bawang yang utuh di sebalik bawang yang tericih.
Sebab itu....kita kena bersederhana dalam segala sesuatu.
Benci jgn habiskan dan Sayang pun jgn dihabiskan.
Percaya kepada seseorang pun jangan dihabiskan, sebab..... Musuh boleh hadi kawan dan kawan boleh jadi musuh.
PERCAYA, KASIH, SAYANG dan lain-lain...boleh ditumpahkan sepenuhnya hanya kepada AHLI KELUARGA
SEMOGA TERUS BERJAYA, CEMERLANG DALAM SEMUA AKTIVITI YG BAIK DAN DIREDHAI ALLAH SERTA MEMBAWA KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.




~Tiada yang lebih bermakna, tiada yang lebih berharga, memiliki keluarga seperti yang nakia miliki. Alhamdulillah, nakia dilahirkan dalam keluarga prihatin dan penyayang seperti mereka~
~Semoga Allah merahmati dan memberi keberkatan dalam kehidupan kami sekeluarga. Ameen~






ctnaquia esir
0938
31032009
I really interested with this article soon as i read it. Kenapakah? Kerna diri kerdil ini acapkali berazam untuk melakukan apa yang sudah ditanamkan dalam hati, tapi, acapkali juga tertewas dgn pengaruh sekeliling. Tapi, InsyaAllah, azam ini akan dikuatkan lagi!! Ameen. (^_^)v

~~~~~~~~~~~~~~

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...


~~~~~~~~~~~~~~


Sebagai rujukan : MUSLIMAH & GAMBAR




ctnaquia esir
0006
29032009
Esok semua pelajar Batch Kedua [SEM 5], dan SEM 3, Mansoura-Manchester Medical Programme [MMMP] akan duduki peperiksaan pertengahan Sem. Chaiyo2 peeps!!

Mostly, 5 cases akan masuk. Case?? ape tu case? Sebenarnya, dlm sistem pembelajaran PBL [Problem Based Learning], kami belajar melalui case. Setiap Sem ada Modul yang telah ditetapkan. Senang cite, kami tak belajar ikut subjek la. Kalau Medic konvensional, mereka belajar ikut subjek, for example, Tahun 1: Physiology, Histology, Anatomy, Biochemistry. PBL sistem plak, kami ada case. Dari case tersebut, kami akan olah setiap perkara berkait dgn subjek-subjek yang berkaitan.

Kurikulum MMMP adalah seperti berikut :

Year 1
  • Semester 1 : Foundation [lebey kurang asasi sains la]
  • Semester 2 : Life cycle

Year 2
  • Semester 3 : Cardio-Respiratory Fitness
  • Semester 4 : Mind and Movement [ni sem plg susahlaaa bagi nakia]

Year 3
  • Semester 5 : Nutrition, metabolism and excretion.
  • Semester 6 : Heart, lungand blood.

Another 3 years for clinical sciences.


Tapi yang bestnya, kami melalui sistem PBL ni start masuk hospital [Early Experience,EE] masa Semester 3. Walaupon tak round dari satu katil ke katil pesakit, tp pengalamannya sangat menarik. Dr. akan pilih pesakit yg paling sesuai dgn case yg dipelajari, dan tunjuk pada kami, dan kami bebas untuk mengajukan sebarang soalan pada pesakit itu.

Paling best masa EE baru-baru ni. Case berkaitan Hyperthyroidism. Pertama kali Dr bawak round2 dari satu katil ke katil pesakit, dari wad ke wad. [Well....pada hari kena kejar dgn pakcik teksi tulah~~hahaha]. Waktu tu semua pelajar diberi peluang utk bt pemeriksaan ke atas pesakit-pesakit tersebut. Pengalaman tersebut sangat indah sebenarnya, seram pon ade, sbb ade sorg makcik ni tgh menderita sakit. Sian tgk mkcik tuh. Indah sebab kita dapat pegang, rasa. Perkara2 ni lain kesannya berbanding dengan melihat atau baca buku. (^_^)v

Okey!! 5 cases da belajar utk sem ni. Kelima-lima kes ini jugakla bakal masuk dalam soklan exam. Taktaula ape yang masuk, kena baca banyak~~ huhuhu...

Kes-kes tersebut adalah :

  1. Case 1 : Difficulty Swallowing- Case of Dysphagia
  2. Case 2 : A Worrying Man- Case of Peptic Ulcer
  3. Case 3 : Serious Indigestion Problems- Case of Malabsorption
  4. Case 4 : Bowel Trouble- Case of Tumors
  5. Case 5 : Heat intolerance- Case of Hyperthyroidism

Subjek-subjek yang banyak disentuh daripada setiap kes-kes ini adalah seperti :

  • Physiology
  • Anatomy
  • Biochemistry
  • Pathology
  • Histology
  • Pharmacology
  • Clinical Aspect
  • Presentation yang banyak menyentuh aspek2 yang perlu diketahui oleh seorang bakal doktor dan sebagai pengetahuan umum.


Enough!! bukak buku balik nakia!!!
Till here then.
Good Luck Sume (^^,)v





ctnaquia esir
2305
28032009

Dalam sibuk menelaah ni, beberapa besar datang menjengah dan pergi. Tak putus-putus. Menjadikan hidup ni lebih banyak terisi, menyebabkan nakia lagi banyak berfikir, dan tak putus mohon petunjuk dari Maha Menciptakan Segalanya.

Post kali ini berkait dgn post nakia yang lepas, 'LOVE IS CINTA, CINTA IS ........'. Nakia bukak topik ni bukan saja nak main-main. Sebab situasi ni mmg lazim berlaku, ia berlaku pada nakia dan juga pada orang lain. Ditambahkan pula, dua tiga menjak nih, topik "KAHWIN' sangatla hangat disekeliling nakia, dari keluarga sampaila ke kuliah, time makan, time borak2 dgn kawan2. Sampai ade yg da trauma da nih, asyik2 borak psl topik nih. Huhu. Hinggakan salah seorg kawan nakia ckp, 'mmg ini ke topik hangat bler umur da masuk 20-an?'. Hummm??...jawapannya...takde jawapan yang tepat.

Ujian utk nakia da lepas da, tapi baru shj bermula bt seseorg yang rapat buat nakia. Allah ni, kalau sekali Dia nak uji, tak pernah putus. Tapi hakikatnya, Dia sayang kita. Jangan pernah merasakan beban dgn suatu ujian dan dugaan yang ditimpa. Kerna pasti, yang baik menanti anda kelak. Hadapilah ia walau seperit mana dugaan itu. Jika anda berjaya harunginya dgn CARA yang betul, tiada kepuasan lain dpt tandingi perasaan berjaya ini. Ujian ni mcm2, bukan bab2 perasaan je,nak hadapi exam, nak berpisah dgn keluarga sbb nk belajar jauh2, kereta rosak tepi jalan sdangkan time tu ade meeting penting nk kena hadiri ke, salah seorang ahli keluarga meninggal dunia, tp kita tak dapat nk hantar jenazahnya kerana jauh diperantau....mcm2la lagi...tu semua ujian, kan?? Yang penting, untuk hadapi semua yang berlaku itu, kita kena rujuk balik pada Yang Maha Menjadikan.

Kembali pada topik utama nakia. Ok, bab2 jodoh nih, Alhamdulillah bagi setiap hamba Allah yang berusaha melalui doa dan istikharah, mohon dan harapkan petunjuk dari Allah dipertemukan seseorang yang boleh dijadikan sebagai teman hidup. Bagi yang belum buat, dan yang tengah merancang2 nak buat.....nasihat nakia buat jelah! Bukan bler da nampak seseorg yang berjaya cuit hati tu, bukanya bler da nmpk seseorg yg telah buat hati anda bergoyah, bukan setelah melihat seseorang yang buat anda tak tenteram hidup barulaaaaaaa nak start doa dan istikharah. Bagi nakiala, time tuh...niat dah lain.

Kenapa start doa dan istikharah awal-awal? sebelum bertemunya anda dengan seseorg itu. Kerana ketika itu, doa dan harapan kita, agar Allah menemukan seseorang yang Dia telah jodohkan untuk kita, seseorang yang boleh membawa kita kepadaNya, seseorang yang boleh mendidik dan membimbing kita ke jalan yang benar, seseorang yang boleh membawa kita kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Dan etc....InsyaAllah, bila tiba masanya, bila kita tak cari tulah......Allah tunjukkan 'seseorang' itu. Allah da tetapkan segalanya. Allah itu tak kejam. Konklusinya, bila kita doa dan istikharah awal2, niat, ikhlas dan ketetapan hati tu da wujud. Tak salah doa awal2 walaupon hati plan nak kahwin lama lagi. Sapa yang taknak yang terbaik untuk menyempurnakan lagi separuh daripada jasad anda.

Katakan kita da jumpa seseorang yang berkenan dihati dan time tuh baru kita nak doa dan istikharah. [Baik nakia note awal2, takut kena serang....ini sekadar pendapat dari Siti Naquia ye. Setiap manusia pendapatnya berbeza]. Time kita da juma seseorang itu, mestila hati kita nak kat dia, hati tu mesti rasa...'Yeah..i know He is MY OTHER HALF'. Dia jelah yg kita pikir yang boleh buat kita bahagia, senyum sepanjang hayat, yang segalanyala. Well, CINTA ITU BUTA~~ I say because i have been through it okay!! bukan cakap melalut. I dare to say it because i know its true!! Bila da jadi begini, doa dan istikharah kita hanya akan sebut nama orang tuh. Dah kita nak 'org' tu sgt. Gi mane2 mmg nampak 'org' itu sahajala jadinya. dan itu yang kita anggap sebagai petunjuk. Bley kata da 'gila bayang' la. Jika 'org' tersebut dah ade seseorang pon, kalau da hati nak sangat, ade je orang yang berani interfere dgn relationship 'org' itu, nak compete jgk...nak cakap jgk yg kita nilah yg terbaik utk 'org' itu.
Paham tak?? huhu~~ Nakia just nak cakap, niat, keikhlasan kita doa dan istikharah da lari da jika berlaku situasi seperti ini. Tapi again i want to stress my argue here.............tak semua pengalaman orang begini, tak semua org sependapat dgn nakia. Segalanya yang tertulis adalah pendapat dari minda kecil nakia, berdasarkan apa yang pernah nakia lalui. Broad minded people!!

I think i say enuf. Cuma nak highlight something :
1] Phrase ' Sacrifice something, for something u desire', sgtla tak bley guna pakai dalam nak compete2 ni. Salah dah tuh.
2] Compete cara baikla. Sbb orang boleh nampak niat dan keadaan diri anda ketika anda berusaha utk mendapatkan 'org' itu. Honestly, perkara itu akan memalukan diri anda sendiri.
3] Jaga niat.




ctnaquia esir
0037
28032009

Have you ever been in love? Horrible isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up. You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor, so that nothing can hurt you. Then one STUPID person, no different from any other STUPID person, wanders into your STUPID life...

You give them a piece of you. They didn't ask for it. They did something dumb one day, like kiss you or smile at you, and then your life isn't your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so simple a phrase like 'maybe we should be just friends' turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-y
ou-apart pain.

I hate love.

-Neil Gaiman

Credit to : Zarf Zulkifli, University de Pau et des Pays de l'Adour, France



MY POINT OF VIEW

humm...pernah diperlakukan, pernah melakukan. tak bolehla nk cakap LOVE is totally horible and vulnarable and other negatives effect. Jgn salahkan dan menyalahkan, sbb mungkin itu bukan jodoh kita. We still have a long way to go through, insyaAllah, jika umur dipanjangkan. Banyak lagi tanggungjawab yg perlu kita laksanakan. Umur pon muda lagi, byk benda lagi nk kne explore, nk kne belajar, selok belok hidup yang perlu kita selit dan cari jalan penyelesaian. Jadi, sama jugakla dalam bab2 perasaan nih. Bila kne dumb, or bler seseorg yg rapat dgn kita mintak gap, or change from couple to friend, sakit, sakit sebenarnya.....Tapi, igtla, sematla dlm diri, 'kau bukannya bercerai ngn suami pon'...yelah....boyfriend dgn suami jauh beza tuh, antara haram dan halal kan? Usah ditangisi sangat [lol!~ ckp tp terkena kt diri sendiri sbnrnya....tp!! ini pengalaman sy, dan pengajaran buat saya juga]. Menangis itu perlu, salah satu cara nk release apa yg kita rasa!! huhu.

Yang penting, Doa, jgn putus mengharap segala yang terbaik dan sesuai untuk diri,akhirat, dunia, keluarga. Yang boleh memimpin dan membimbing ke arah yang lebih baik. Yang boleh menerima seadanya diri kita. Tak salah doa itu. Sebab kita mengadu pada Maha Pemberi, Yang Maha Menentukan. Melalui doa itulah, mungkin kita bakal dipertemukan dgn 'Dia' pabila tiba waktunya kelak. So, dont give up!! Jangan give up dgn perasaan cinta ittu~ Cinta itu indah, semaikan pada yang halal untuk menerimanya. Abah, umi, adik2.

Hidup ini sangat menarik, pelbagai perkara datang dan pergi, hidup diuji begini dan begitu. Malah, setiap perkara yang pahit, kemanisannya pasti ada. Yang penting sabar, doa, doa, dan jangan pernah putus asa untuk berdoa. Untuk setiap perkara, Jangan mengadu pada makhluk, mengadu pada Allah swt dulu, Jang harap pada makhluk, harap pada Allah. Sebab, kembali pada apa yang telah quia catat diatas, Dia Maha Pemberi, Dia Maha Menentukan. Segalanya dari Dia. Remember, Everything comes from Him! Pasti ia adalah yang terbaik buat kita, tidak sekarang, mungkin akan datang, tidak di dunia, insyaAllah di Akhirat, janji Allah itu pasti, itu kita kena yakin!

Semaikan cinta pada Allah, insyaAllah, ada Cinta untuk kita didunia.

wallahualam

(^_^)



[nakia copy&paste balik post ni dari blog lama nakia dulu, sbb post ni agak berkait dgn post nakia yang seterusnya, nk link tak bley sbb blog itu restricted =)]
Assalamualaikum wbt

Hye, im back with a new blog. As the previous one i keep it to myself only. Sorry!! Yeah, this is my answer for those who keep asking why am i restrict the blog.

Okke!! In this blog, i will focus more into more motivated, views, and any post which are not related to my personal life. This is one of the reason actually why i restricted the previous blog. We need to look forward and move ahead nowadays. There is no time to grieve for whatever happened. Let people say whatever they want, as we move ahead, they had lost a lot of their precious times, while we are a few steps in front.

Thanks to everyone who are always support me, especially my beloved family, Abah, Umi, Aye, Tyah and Zeer. You guys are always be with me wherever i am. Thanks for calling me for each time i texted saying i miss you. Thanks for every single thing you guys have done to me. I will not ever let u guys down. I will!! and this is my promise!! Thanks for the lot of loves!! =). I know, not all people as lucky as i am having such a GREAT MOM, DAD, and SIBS. I am sure with this!!

Not forgetting my friends here, especially Abg Azmi and Kak Dk, Yani and OTHERS. Because of them, i experienced a new chapter of life, i get through lot of passage here. There was time i am happy, laugh, enjoy.....there was time i was being fool around, i cried, i am totally break down....and break into pieces [maybe]. I am not well motivated, i am not strong. But, i didnt regret with all those happened. Because all the steps i have been through, tought me more about life, more about people, more about what some 'PEOPLE' called L.O.V.E., and most important thing is....i realised that FAMILY is very important!!! The bond is getting tighter, the love is greatly blooming, and spread rapidly between us.

Not forgetting, knowing this ONE person, make me more and more sure with what i aimed for now and the future of course!!

Thanks people for opened my eyes!!...(^_^)v





ctnaquia esir
2128
26032009