Hampir 3 bulan sdah berlalu, waktu dan tika itulah masa diisi bersama-sama hubby dan keluarga tercinta, tersayang. Dan, mahu atau tidak, Nakia harus kembali ke Mesir...Huuu~~ Beratnya hati....punyala berat sampai tak mahu blk pada 29hb tuh, tunda ke 30hb [Part ni tade masalah, sbb tiketku adalah Open Ticket..hehe]. Alhamdulillah, pada Jam 1.30pg, 30 hb September, kapal terbang Egypt Air pon terbang meninggalkan bumi Malaysia. Maka, Nakia pon terbang sekalilaaa....

Allahuakbar...sebak sungguh rasa, nak wat mcm mana, da diri+jiwa+raga tersangatla rapat dgn hubby dan keluarga..Flight pukul 1.30pg, standard kalau nk check in 2 jam sebelum, dan jarak dari rumah ke KLIA adalah dalam 30-40 minit. Jadi, sbb dada rasa sakit berat sgt2..i made a decision to sleep after marghib and woke up around 9.10pm.

Usai uruskan diri, pegi jumpa Abah kt Bilik Muzik beliau. Konsert Muzikal Abah bakal berlangsung Sabtu nih, jadi Abah tak dapat nk menghantar ke KLIA, sibuk melatih dan conduct orkestra, umi dan adik2 je antar. Hubby plk keje shift malam, jadi jumpa kt KLIA jelah. Hadoih, dah dada tgh berat sgt2, jd bler nk salam dgn Abah mulut tak boleh nk kata apa2..bila nk bercakap je, tros air mata keluar. Wawawa~ Tabah Naquia!!!

Di KLIA, syukur Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar, luggage yg tak ditimbang kt rumah pon menepati piawaian, tak lebih 40kg. Haha ;p Sipi2 ja.. Selepas beberapa minit setelah check in, hubby pon muncul. Yeay!!! :)) Umi dan adik2 pon blk...waaa..sedeynya!~~~ :((

Time spent with hubby sgt best..huhu...KLIA..macam significant place plk for both of us, 1st time jumpa kt KLIA, skrg hubby kerja kt KLIA, and of course jejak kt KLIA bersama-sama tu mmg banyak jgklah.

Apa yg bestnya...jeng3!!! Bler nak masuk kapal, hubby ada kt pintu kapal terbang tuh!!! so cool!! jadi...of course la nakia tanak masuk kapal sekali..haha...dok ja ngn hubby kt pintu kapal..dahulukan org lain masuk..hehe...kita kena hargai setiap masa yg ada bersama-sama dgn org yg tersayang tau..lagi2 pabila mereka di depan mata..hee :) Agak2 mcm tade org nk masuk dah, maka sesi bersalam-salaman dan berpesan2 pon berlaku...masukla kapal akhirnya~ Yang lucunya plk, bler jejak je masuk kapal, 2 Steward ckp Bye2..erk??! Rupa2nya....dyorg berdua suruh bye2 kt my dearest hubby...hehe...curi2 tgk kami berdua ye pacik steward?? "Bye bye B!!".

Supposely dapat window seat, tp sbb lelaki kt sebelah, Nakia mintak tukar, jadi dudukla sebelah junior yg duduk sebelah tingkap...n still a can see outside view...tup2...I CAN SEE MY HUBBY!!!!! tros melambaikan tangan dgn harapan hubby nampak. n Yes!!! tidak sia2, sbb hubby nampak!!! maka berbalas lambaian pulalah kami..hubby tunggu sampai kapal bergerak, then barulah hubby pegi tempat keje dy blk. So sweet, Alhamdulillah, syukur dapat merasa nikmat mcm tuh, tidak semua dpt nikmati kelebihan seperti ini :D

12 Oktober nih, Abah dan Umi bakal menunaikan ibadah Haji, semoga kedua ibubapaku dalam peliharaan Allah sepanjang berada di sana dan dipermudahkan segala urusan. Paling penting, sama2 doa supaya dapat melaksanakan haji dengan sempurna. Dan seminggu sebelum Abah Umi blk Malaysia, Nakia da ade kt Malaysia insyaAllah!! Xsabarnya nk blk Malaysia balik~~ huhu..

Sekarang nih, fokus dengan pelajaran di sini!!! Yosh Yosh!! (^_^)v
off.to.sleep
wassalam~


~mrs.aman~
30092010
21:52

OFFICAL ADVERTISEMENT REGARDING OUR CAMPAIGN!!!

Spread the love…spread it all over…

Show your support to make it different!!!

stay tune for more info…serve this as our main channel in MANSOURA…


Every Le counts!
DONT HESITATE TO DO SO IF THE BOX COMING TO YOU….

OUR AIM:
100 LE PER PERSON…




LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SIEGE

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.


Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Untuk itu, PERUBATAN mengambil peluang ini untuk menyeru seluruh warga PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama turut serta dalam menyumbang dalam menyumbang untuk program ini. InsyaAllah, suatu jawatankuasa sedang dirangka khas untuk memikirkan bentuk-bentuk bantuan yang difikirkan sesuai oleh warga PERUBATAN di Mesir untuk program khusus ini.


Sebarang cadangan untuk menggerakkan jawatankuasa ini bolehlah dimajukan terus kepada pengarah projek ini iaitu: Saudara Muhammad Khairul Razikin Bin Ramlan 010-0147317Nantikan email seterusnya berkenaan bentuk sumbangan yang boleh disalurkan oleh semua warga PERUBATAN. Jadilah warga yang prihatin akan ummahnya, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu saudara kita kalau bukan kita. Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook Fan Page.


“Alangkah hebatnya deen ini apabila memiliki PEMUDA/i yang BERJIWA BESAR…” (Ibn Qayyim)

“Last night’s dreams are today’s realities” (IHAB)





Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]

The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari]


Salam Alaik





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)


Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,


"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)


dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.


Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
SUMBER : iluvislam.com
iluvislam.com




Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

"Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya.

"Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi".

"Kenapa jadi macam tu ?" saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

"Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.

"Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

"Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

"Yalah, mak tau? tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

"RM 20 aja !" si gadis berkata.

"Tak ada ," jawab ibunya.

"Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

"Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah,

katanya, "Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi,

katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

"Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.

Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.

Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ;

"Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu."

"Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

"Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

"Apa pasal," Si ayah bertanya.

"Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

"Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

"Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

"Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

"Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

"Habis anak saya ?" tanya si bapa.

"Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

"Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

"Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

"Pssstt?Raie? Raie..Psstt, " saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

"Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

"Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

"Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau takut di halau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

"Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

"Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.

Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Editor: Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari cerita di atas. Betapa murkanya Allah kepada anak yang derhaka. Tiada keampunan bagi mereka melainkan keampunan dan redha ibu bapa itu sendiri. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ayuh teman-teman, kasihi dan hormatilah ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada.
Salam Alaik

Alhamdulillah, dipanjat setinggi-tingi kesyukuran terhadap Allah SWT, kerana dgn izinnya maka majlis yang dirancang terlaksana dgn lancar. Terima kasih tidak terhingga buat semua yg terlibat, hanya Allah yang dpt membalas jasa baik kalian semua. Buat keluarga tersayang, abah, umi, dan adik-adik...ucapan terima kasih yg tidak terungkap..majlis tidak akan berlangsung dgn sebegitu indah dan sempurna tanpa kalian :) terima kasih sgt2!!

Sudah sebulan lebih melayari bahtera. Moga pelayaran kami sampai ke Syurga. Amin.

Dititipkan beberapa kronologi gambar buat tatapan sesiapa yg dapat hadirkan diri.

Credit to : Hafiz Pojie

















PhotoStory Video

Credit to : Abg Aeyie & Badangz [my official photographers]




~Mrs Aman~
27032010
Egypt

Assalamualaikum wbt,
..Bismillah..

Dengan besar hatinya Quia ingin menjemput sahabat2, ke majlis walimah quia yang bakal tiba tidak lama lagi. Maklumat adalah seperti yg tertera pada ecard dan kad jemputan di bawah :--







KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN
NAQUIA & AMAN






sebarang pertanyaan, boleh email/ym terus quia ok :)
(^_^)v


Mohon doa daripada kalian semua agar majlis ini berjalan lancar
dan
Doakan kesejahteraan dan perlindungan buat Quya dan Aman


***************************************************************

DATANG TAU..KEHADIRAN ANDA SEMUA PASTI MEMERIAHKAN LAGI HARI KAMI
hee
(^_^)V




***************************************************************


ctnaquia esir
13012010


Salam Alaik


Dengan rasminya, berakhir sudah sesi pengajian Semester 6.
Alhamdulillah
Tinggal exam jelah sekarang~
Esok exam block Uro&Nephro
23-27 Final Exam
Moga Allah permudahkan hari2 yang bersisa ini
agar mudah utk mengulangkaji segalanya~
Moga Allah beri ketenangan hati kepada kami semua
Moga Allah memberkati usaha setiap seorang daripada kami
dan
Moga semua berjaya dgn cemerlang!




USAHA!!


as for tomorrow's exam...
4 cases to cover
4 je~~~
tp meh tgk ketebalan notes yg perlu dibaca kesemuanya


[sgtla sakitla sbb kena cover in 24 hours]


[utk Final : Sila baca kertas2 putih ini dgn segala dalam file2 biru, dan buku2]




ctnaquia esir
13012010



2010
2010
2010
2010
2010
2010
2010

*macam2 bermain dlm kepala sekarang*
kehidupan yg betul2 bakal berubah hampir separuh mungkin..
tanggungjawab makin besar
dan etc~
*tak terungkap dek kata2*

Moga Allah SWT melindungi aku, dia, dan semuanya disekeliling kami
Moga apa yang berlaku adalah dalam peliharaan dan keredhaan Allah SWT
Moga segalanya berjalan dengan lancar
Moga segalanya adalah yang terbaik buat kita semua
Amin Ya Rabb


ctnaquia esir
01012010