OFFICAL ADVERTISEMENT REGARDING OUR CAMPAIGN!!!

Spread the love…spread it all over…

Show your support to make it different!!!

stay tune for more info…serve this as our main channel in MANSOURA…


Every Le counts!
DONT HESITATE TO DO SO IF THE BOX COMING TO YOU….

OUR AIM:
100 LE PER PERSON…




LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SIEGE

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.


Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.


Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Untuk itu, PERUBATAN mengambil peluang ini untuk menyeru seluruh warga PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama turut serta dalam menyumbang dalam menyumbang untuk program ini. InsyaAllah, suatu jawatankuasa sedang dirangka khas untuk memikirkan bentuk-bentuk bantuan yang difikirkan sesuai oleh warga PERUBATAN di Mesir untuk program khusus ini.


Sebarang cadangan untuk menggerakkan jawatankuasa ini bolehlah dimajukan terus kepada pengarah projek ini iaitu: Saudara Muhammad Khairul Razikin Bin Ramlan 010-0147317Nantikan email seterusnya berkenaan bentuk sumbangan yang boleh disalurkan oleh semua warga PERUBATAN. Jadilah warga yang prihatin akan ummahnya, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu saudara kita kalau bukan kita. Ikuti perkembangan Lifeline 4 Gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook Fan Page.


“Alangkah hebatnya deen ini apabila memiliki PEMUDA/i yang BERJIWA BESAR…” (Ibn Qayyim)

“Last night’s dreams are today’s realities” (IHAB)





Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran" .

Abou Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest."� [Sahih Al-Bukhari and Sahih Al Muslim]

The Prophet (peace be upon him) said: "Indeed a servant will speak a word pleasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it Allah raises him by many degrees. And indeed a servant will speak a word displeasing to Allah that he thinks to be insignificant, but because of it, He will consign him to the Hellfire."� [Sahih al-Bukhari]