I wished I could paint sweet smiles on faces of people I love more than mine.

I wanted to pull the threads of light, and make it shine on lives of people I’ve known.

I yearned to make a huge whirlwind, mustering and beating all the big troubles, and throwing them away.

I wanted to chase all silence, and welcome only giggles, and laughs.

I needed more eyes to make everyone feel the attention.

I hope nothing less, but everlasting loves, and cares and affection every single moment.

I wanted to peek over the fences in front of me, which look like some hurdles, and transform them into a bridge to a brand new world.

I longed to believe that Love doesn’t make the world go around but it makes the ride worthwhile.

I just hope I can keep wishing, and wishing prevails all the wishes for a happy ending, despite it means a whole life.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wrote by one of my BFF.
Everything written by him is what i hope right now...


ctnaquia esir
2025
31082009
Assalamualaikum wbt~~

Hummm...
Moodku sgtla terumbang-ambing skrg.
Alhamdulillah mangsa masih sorang..
Harap tak bertambah..

Gara2 petang semalamla nih...
kan da drive above 140km/j
p subang tak smpi stgh jam pon....
selalunya 45 minit dr bangi.

tak sukalaaa...
tak suka tgk dan hadapi situasi mcm nih
mcm mendidikku sikit demi sedikit utk ikut perangai begitu..
seakan semakin lama semakin meresap sifat buruk itu dlm diri~

tapi ade beberapa lg perkara tgh berlegar2 dalam kepala nih
so, bila kita pendam, perkara2 itu bertambah byk
bila perkara2 itu da byk ---> akan menghuru-harakan diri
bila diri da huru hara kat dalam ---> lama2 akan berlaku letusan
bila ada letusan ---> adalah mangsa
[ to mangsa : reda jelah ye..]

Khas buat Insan yang dia rasa dia telah mengganggu hidupku tanpa perasaan skrg nih,
teruskanlah..
teruskan
teruskan
teruskan
nak lihat bagaimana drama yang mampu kamu hasilkan
sehebat mana, selama mana mampu kamu teruskan
buatla...buat...
nanti saya nak lihat, apa yang mampu kamu lakukan, jika perkara sama yang kamu buat pd saya sekarang, terjadi pada kamu. [kalau saya teringat nak lihatlah.....~]

buat diri sendiri...
dahla...buat ape pikirkan perkara yang boleh memakan diri
orang lain selamba ja kan?
kita pon redah jgkla..

Jangan sedih nakia
You are a strong tough girl!

p/s : Ini belog saya, ikut suka hatila saya nk tulis pasal ape. Read at your own risk! Diri sudah tidak mampu nak menampung dah. Nak cerita pon mcmlah org paham. I dont need a good listener, i need somebody who know how does it feel when ppl do such bad things to u. Somebody who experienced the same probs like me..


Happy independant day.
mmm, merdekakah kita?~


ctnaquia esir
~~43
31082009


Salam Alaik.
Selamat pagi ^_^

Dipanjatkan syukur yang teramat ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudahkan majlis iftar semalam. Walau terdapat beberapa kesulitan, namun berkat pertolongan Allah swt, segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, berlangsunglah Majlis Berbuka Puasa SKHB : Batch 1996-2000. Perkataan 'Majlis' ini mungkin akan disalah tafsir oleh anda, kerana majlis ini di lakukan di Restoran 'Lan Tom Yam' [kedai milik ibubapa Jaha] dan secara kecilan sahaja. Bukan berlangsung gahnya di Sekolah atau mana2 tempat yang lebih baik.

Namun nakia sangat gembira, syukur teramat, lega, seronok, sebab akhirnya, berjaya juga dikumpulkan sahabat2 lama ini. Alhamdulillah juga mereka sanggup turun ke Tanjong Malim untuk bersama-sama jayakan majlis ini. Alhamdulillah kerana tampak kegembiraan pada wajah mereka setelah berjumpa. Alhamdulillah, setelah 9 tahun, inilah saatnya kami berpeluang untuk bertemu kembali. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kami.

Tika ni, pelbagai cerita hidup dapat didengari. Ada yang dah kawin, ada yang da ada anak, yang sudah bekerja, yang masih belajar....hmm..meningkat dewasa sudah semuanya. Berubah sudah rupa dan tingkah. Nakia ke majlis ini berbekalkan memori zaman sekolah rendah. Bila tengok sorang2 datang...Ya Allah, lainnya muka...yang dulu gemuk, skrg da kurus...yang dulu biasa je tgk, skrg da kacak, da lawa...yang makin 'sihat' pon ade. Macam2lah.

Semuanya rancak bercerita dan bertanya tentang kisah masing-masing ^_^

Namun, disebalik majlis ini, banyak juga likunya. Sepatutnya, majlis ini dianjurkan di rumah pasangan Cikgu Maziah dan Cikgu Othman, bekas guru BM dan Sains kami. Namun Allah juga Maha Berkuasa atas segalanya. Dia Maha Penentu segala ketetapan yang ada. Ayah Cikgu Maziah kembali ke rahmatullah pada ahad lepas. Oleh itu, majlis terpaksa ditangguhkan. Setelah berbincang dgn Irfan [Ketua Batch yg dilantik cikgu ketika kami melawat sekolah minggu lepas], kami putuskan untuk teruskan majlis ini, tanpa mengganggu cikgu.

Maka bermulalah kerja kami berdua...mencari, memanggil, menjemput, memikirkan tempat, menu dan segala yang patut. Terima kasih pada sahabat lain yang turut membantu kami. Tak mampu nak membalas segala bantuan korang semua. Cukuplah disimpan sendiri oleh kami segala yang berlaku disebalik majlis ini, pengalaman yang diperoleh cukup berharga.

Usai berbuka puasa, nampak sangat semua berat kaki nak berganjak. Dok rancak2 berborak lagi. [risau ni....marghib weyh!!]. Pastu the girls beredar ke rumah Teha, solat disana, teruskan borak2, dan sleepover kt sne jgk. Honestly, nakia sgt jeles sbb tak dpt join. Nakia perlu segera pulang ke Bangi. Yelah, lepas ni dapat lagi ke peluang mcm nih?? bila? Buat lelaki pula, usai solat, mereka berkumpul lagi di Dusun Bay. Kata irfan semuanya seronok berborak-borak. My story pon terkuar jgk rupanya, then dpt msg dr sorang2, tetiba ja ucap tahniah dan etc2. Thanks sangat2, doakan nakia, doakan kami, moga segala perancangan kami selari dengan perancangan Allah swt. InsyaAllah, ada progress, adalah kad jemputan ^_^


Sekalung penghargaan buat :

Irfan : Terima kasih dan minta maaf buat segalanya. [ni antara nakia dan irfan ja,..biarlah rahsia. huhu]

Jaha : Thanks a lot juga!! thanks for the photos, thanks for the book.
thanks! thanks! thanks!

Am : Thanks sbb tolong kumpulkan orang, mostly the guys.

Natrah : Thanks sbb banyak beri no sahabat2 kat nakia

Teha : Thanks sbb banyak bertanya [plg rajin msg nih, pastu stp msg pjg2 ya amat ^^. teha2~]. Maaf lupa bg cd, maaf sbb tak dpt nak sleepover kt ur house beramai. Really need to rush back to bangi.

Dan terima kasih buat semua yang hadir, yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Gambar2 semalam nanti saya dan irfan akan collect dari jaha, dan insyaAllah akan diberi pada semua. [bak kata irfan sbb ini adalah kenangan kita semua bersama2 setelah 9 tahun, lepas ini tak tahu bila lagi]

Maklumat diri terkini semua yang hadir semalam & telah mengisi borang yang telah nakia sediakan akan dimelkan pada anda semua. Diharapkan dengan segala maklumat diri yang telah anda semua catatkan, ukhwah yang ada dapat terus dikekalkan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua! (^_^)v

To my lil sis : Ummu Atyyah binti Mohamad Isa, Selamat Hari Lahir ke-15 semalam. Kakak doakan segala yang terbaik utkmu dunia wa akhirat.


ctnaquia esir
1007
30082009



Salam Alaik
Ohaiyo!!
[mode menenangkan diri walaupon tgh menggelegak di dlm]
^_^


Hari ni kan, tetiba umi came out with an idea, which was ---> baking cookies for raya!!
let me spell for ya what was my respon that time ---> W.O.W = WOW

wOw ma, awat awai sgt??
[usually one week b4 raya baru sibuk2 nak bt biscuits nih, sbb klu bt awai2, alamatnya abeh dimkn oleh abah, my sibs n i..haha]

I guess, she is in the mood to make one, and as the results...the biscuits is well done n kawaii!
Special thx to the biscuits, because of ur cuteness, u at least bright up my morning honey^_^



Pg ni tak sedap badan skep, both physically and mentally. Rasa mcm nak demam blk, panas ja bdn, flu lagi. Mentally, wallahualam. One way ja nak reduce mental illness yg tgh kualami sekarang, iaitu...........Balik Mesir. YUP!! Balik Mesir.


Rindu kehidupan yang sibuk disana tanpa perlu memikirkan sgt hal diri
Rindu kehidupan dengan yani
Rindu kehidupan yang serba ada masalah
Rindu akan kerenah manusia yang memeningkan
Rindu cara hidup yang main redah ja
Rindu time kejar2 nak pegi kelas
Rindu nak mkn ayam goreng dgn fries ja sepanjang musim exam
Rindu my room yang besar dan lawa
Rindu nak naik tangga rumah smpi semput2
Rindu BBQ dgn kawan2
Rindu saat2 yg selalu hmpir2 nak accident [tp tamau accident btul2 --> amalkan doa kuar rumah tiap2 kali nk kuar rumah k!!]
Rindu nak jalan laju2
Rindu bau Ward yang ntah knapa acapkali memualkan diriku


Haha, nakia nakia nakia~
Kenapa perlu rindu suasana sebegitu??
Jawapannya?? Masalah yang ada buatkan nakia berfikir dan berfikir, kenapa berlaku, punca, bagaimana nk atasi dan kesannya secara langsung dan tidak langsung pd diri nakia.

Okla, gtg, nak kuar rumah sat.
Daa~

p/s : Genap sebulan lagi diriku bakal menempuhi kehidupan diatas.


ctnaquia esir
1134
26082009
Salam Alaik.

Huu ^_^ berhabuk da belog nih tanpa sebarang update. Nak kata bz sangat2, tak, cuma tiada keinginan utk duduk di depan lapop/pc. Hehe. Kne gunakan cuti ini sebaik2nya. Mengisi masa bersama keluarga tersayang pueh2!! Huu~

Semenjak tak update, ade beberapa program yg telah nakia lakukan, dan kebanyakkannya tak duduk kat rumah...kuaq ja manjang..^_^ Rasa seperti mahu berkongsi sedikit ape yg telah nakia lakukan smnjk dua menjak nih.


24-31 Julai : The 11th FIMA International Camp for Medical Students.

Peserta Perempuan


Peserta lelaki

Kem yang sangat2 menarik, mengenali ramai sahabat baru bukan shj rakyat Malaysia, malah dari negara2 lain. Jumlah negara yg turut serta adalah 16. Didedahkan dengan maksud 'Volunteerism' dgn cukup mendalam. Peserta perempuan 24 org, peserta lelaki pula 150+. Sungguh berbeza bilangannya. Kesemua aktiviti yg dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan. Hanya utk beberapa program utama sahaja peserta lelaki dan perempuan digabungkan didewan, namum tetap diasingkan dengan birai yang memisahkan tempat duduk kami. Menarikkan?


11 Ogos : Konvokesyen Abah & Melawat sekolah rendah [SKHB]



Alhamdulillah, abah berjaya menghabiskan program Master beliau. Walaupun usia makin meningkat, namun kukagumi semangat abah. Malah agak segan dengan pencapaian abah jika nak dibandingkan dgn diri nakia sendiri. Setiap kali exam abah dpt 4 Flat. Tahniah abah!, semoga PHD yang abah sedang ambil ini berjalan dgn lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah kita berdua grad pd thn yang sama. Ameen. [Nakia taknak sangkut2!!]



Selesainya upacara Konvokesyen tersebut, kami melawat sebentar ke sekolah lama. Kebetulan, nakia dan 3 org adik2 nakia pernah menuntut di sekolah ini. Aktifnya kami dalam bidang ko-kurikulum juga bermula dari sekolah ini [yelah...b4 ni asyik merantau ja~]. Umi dan Abah pon kenal dengan hampir kesemua guru2. Lawatan sekadar utk bertanya kabar dan mengeratkan lagi silaturrahim. Alhamdulillah, kehadiran kami sekeluarga agak menarik. Welcoming by everyone. Riuh rasa.


12 Ogos : Metrojaya sale di Stadium Melawati, Shah Alam & Ziarah Wak Yam+ Kak Ita + my nieces and nephews.

Huhu, sale ni usah ckpla..pengaruh Kak Ita [my kazen] sbnrnya, sbbnya status FB dy sgt menarik perhatian. Once i called her, lagila membuak rasa nk pegi. Plus nakia tak jumpa lg keluarga kak ita semenjak blk msia. Dr bangi ke Bukit Raja, Klang [rumah wak yam & family k.ita]. Amik K.Ita dan 2 anaknya, Sarah dan Arash, then proceed to Stadium Melawati. Kat sne nakia tak beli ape2 pon, tak menarik perhatian lg utk membeli belah. Melainkan klu da kawen dan ade anak....sbb byk barang rumah dan baby yg dijual disana. Act..da mintak da duit kt seseorg ni nk bli pggn, tp dy tamau kasi, dy nak ikut skali klu nk bli brg rumah...so, simpan jelah duit sendiri~~

Most of the time at Stadium Melawati, i spent my time with baby sitting. Ngee, jaga sarah dan arash!! Suka2!! tak byk ragam bdak 2 org ni. Senyap ja. Senang jiwa+raga klu nk bwk anak gini gi shopping. Plus comel!! Time dok tolak stroller arash, sempat lagi org cubit2 pipi dy, tp saat plg taley nk dilupakan, ade aunty ini berkata...'comelnya anak...'..hehehe ---> i am not married yet la aunty~~ (-_-")!


13 Ogos : I bought Toshiba NB200.

Hee, alhamdulillah, satu hajat telah dilaksanakan. Berkesempatan juga utk bli laptop baru. Kecik ja...cam nakia. Haha ^^ Mine is white in colour.


17 Ogos : Reunion SKHB, Batch 1996-2000.



Reunion yang tidak dirancang. Supposely it between me and natrah only. Tapi kebetulan Jaha da blk Msia, ajak dy....dan ntah bagaimana, 12 orang terkumpul, pencapaian yg agak memuaskan kerana hari tersebut adalah hari Isnin. Ade yg kerja dan ada kuliah. Mustahil utk kumpulkan semua. Kami berkumpul di SKHB, bertemu dgn semua guru2 yang pernah mendidik kami. Subhanallah, perasaannya tidak sama dgn lawatan dgn keluarga semggu yg lepas. Ada yang nakia langsung tak kenal, nakia tak sedar dy dr kelas nakia jg. Huhu~ Hampir 3 jam disekolah, kami menjamah di KFC Tg Mlm. Setelah itu, semua berpisah. InsyaAllah bakal berkumpul lagi Sabtu ini utk Iftar bersama2.


19 Ogos : Tetamu 'comel' dtg ziarah rumah.

Tetamu 'comel' ni....satu ja nakia nk bgtau. Baju yg dy pkai mlm tuh, sebijik sebijan kaler sama ngn cat rumah nakia [dlm rumahla]. Haha. Yang laen, biarla jd rahsia keluarga~ ngee ^_^


22 Ogos : Berbuka puasa di rumah Atok.

Best, ramai...dahla keluarga abah besar, jadi mmg meriahla ^_^ B4 that, antar sedikit juadah kt tetamu 'comel' diatas. Huhu~

Inilah sahaja yang nakia bley highlight. Byk lagi aktiviti2 lain yg dibuat dan semuanya best2!! hehe. Dok bizikan diri ni, sedar tak sedar, sebulan lagi da nak blk Mesir da. Sediakah aku?? InsyaAllah ^^. Tak sabar utk peningkan kpala dgn aktiviti disana.

Selamat Berpuasa!!


ctnaquia esir
1731
24082009