Salam Alaik

Morning people!!~ (^_^)v.

Here are few tips i would like to share, what is best to do when u wake up.







IF YOU"RE LIKE MANY PEOPLE, the start of the day isn't your favourite time. So here are some tips you can sneak into your routine without much effort. Try at least one of these tomorrow.


1. Stretch every extremity for 15 seconds. Try this before you open your eyes. Lift your arm and begin by stretching each finger, then your arm. Repeat with another arm.

2. Then your toes, feet, ankles, and legs. end with a neck and back stretch that propels you out of the bed. You've just limbered up your muscles and joints and enhance the flow of blood through your body, providing an extra shot of oxygen to all your tissue.

3. Brush your tongue for one minute. There's no better way to rid yourself of the morning breath and begin the day minty fresh. Hundreds of bacteria take up residence in your mouth every night, so just brushing your teeth alone isn't going to vanquish them.

4. Drink a glass of water. Remember, you've been fasting all night long, so you wake each morning dehydrated.

5. Check your morning calendar. Have a large calendar or whiteboard in a prominent position in the kitchen. On it, write everything you need to know for that day. Check it each morning as you sip your coffee. It will help you to avoid the stress of forgetting something important.

6.Kiss all the people you love in your house before you leave. Connecting with the ones you love soothes stress and gives a positive start to your day.

Source : Iluvislam.com


NB :

Quia nk tambah beberapa poin penting. Ketika kita tidur, syaitan akan merantai kita dgn 3 rantai. Bagaimana utk menanggalkan rantai2 tersebut??

1] Baca doa bangun tidur
2] Ambil wuduk
3] Solat

Jika gagal melakukan perkara ini, kita akan diselubungi kemalasan, penat, dan mengantuk. Tapi, jika ketiga-tiga perkara telah dilaksanakan, tp masih tetap rasa penat dan sebagainya, mungkin ada kekurangan dalam salah satu amalan yg dinyatakan diatas. Renung2kan, selamat beramal. Huhu (^_^)v

Wallahualam.


ctnaquia esir
0758
27062009

Salam Alaik.
Anggapan quia, tajuk ini sudah menarik, apatah lagi utk mengetahui isi disebalik tajuk tersebut. Mari kita baca dan renungkan bersama~


WANITA IDAMAN LELAKI



Hakikatnya, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?

Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.

Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:

1) Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2) Berperwatakan menarik dan lemah lembut.

3) Jujur dan sentiasa merendah diri.

4) Lakukan apa yang dia suka.

5) Pandai menarik minat lelaki.

6) Jangan terlalu mengongkong.

7) Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

8) Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.

9) Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.

10) Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.

11) Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.

12) Jangan bersikap selalu jual mahal.

13) Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

14) Tidak mudah putus asa dan berdikari.

15) Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.

16) Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.


17) Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

18) Jadi pendengar setia bukan membangkang.

19) Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

20) Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

21) Mengetahui tarikh lahirnya.

22) Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.

23) Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.

24) Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.

25) Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.

26) Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.

27) Jangan perasan anda jelita.

28) Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.

29) Bersikap keibuan.

30) Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

31) Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.

32) Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

33) Jangan bersikap terlalu kuno.

34) Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

35) Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.


Subhanallah,cerewetnya lelaki rupanya dalam memilih pasangan.Atas sebab itu,ramai wanita terlanjur usianya untuk berkahwin kerana lelaki terlalu memilih.Jom kita tengok pula ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita pula!

LELAKI IDAMAN WANITA

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Alahai betapa mudahnya wanita memilih lelaki kerana waniat lebih mementingkan masa depan setelah mereka sudah berkeluarga.Maka di manakah kriteria pemilihan lelaki untuk masa depan mereka setelah berkeluarga?

Siapa kata wanita cerewet?Lelaki lebih cerewet sebenarnya.Namun bergantung pada pandangan masing-masing.ANDA SETUJU ATAU TIDAK?


p/s : utk peringaan diri sendiri jgk nih, huhu. org laen renung2kan (^_~)v



ctnaquia esir
1002
26062009
Salam Alaik.
Ini kisah Ahad dan Isnin. Nakia ikut abah pi Pahang, Orkestra Gamelan Perkomperi dipanggil utk buat persembahan utk Award Presentation Dinner MUCEET 2009 di MS Garden Hotel. Saja nk kongsi pengalaman. Jadi, kisahnya ikut kronologila ye (^_^)v


Perjalanan ke Pahang dari IPGM, Kampus Islam, Bangi.

Satu bas n satu kereta yg pi, dan tentulah kereta itu adalah kereta abahku~


[haha..ni kt RnR Temerloh, terkejut seyh tgk warna kereta ni, ni bukannya kes TAK pernah tgk kereta warna pink, tp yang ni tersangat pink+berkilat betul!~]


[saje2 amik gmbr bas, alang2 ikut bas dari belakang]

2 gmbr di atas ni, perjalanan ke tempat penginapan di Universiti Malaysia Pahang [UMP]. Sampai sner tepat2 pd waktu zohor.

Selesai pengurusan penginapan, dak2 PERKOMPERI dan abah bertolak ke MS Garden Hotel terlebih dahulu dgn bas sbb nak susun alatan gamelan dan rehearsal. Saya dgn umi relax2 dulu di rumah tetamu UMP. Lepas abis tgk Nona barula bertolak ke Kuantan. Nakia drive...Pi cari baju dulu, sbb mnerla tau abah soh nakia amikkan gambar n video, tetiba dlm kete ckp psl amik2 video,,huu~. Satu baju formal pon tak bwk~~ Hee (-.-")!. So, pilah bli baju..Usai bli baju, umi ajak pi satu kedai nih...hehe..kt situ menjual Sata dan Otak-otak. Nilah pengalaman plg best. Perasaan plg menarik bila dapat makan makanan yang sedap. Seyes sedap!!!~


[ni otak-otaknya...panas lagi nih~~]


[ni kedainya..pi ar cari sesape yang teringin nak cari~]


Selesai bli mknn ni, nakia pon drivela utk pi hotel. Aiy, abah bagi guide salah....kata hotel tu otw ke Teluk Cempedak. Tak jumpa2~~ Silap guide la tuh, stop tepi jalan, tanya org, then sampai. Wa'a da 'perli2' baik punya~~sbb dy yg tolong tggu tepi jalan tggu kami [me n umi]. Heh...

Kisah pada Malam hari, hari yang sama.

Ditugaskan utk ambil gmbr dan video.






[ni tempat kududuk makan~ (^_^)v]


Keseluruhannya, persembahan mereka sgt mantap!!


Keesokan harinya~
Pulang semula ke Bangi, sesambil drive tuh, nakia amik gmbr..byk sgtla....~



Setakat ini shj karutanku~


ctnaquia esir
0738
24062009
Salam Alaik (^_^)v

Post kali ni berkait dgn post sebelumnya, iaitu, AZAN DAN KELEBIHANNYA.

Orang yang mendengar laungan azan dan iqamah sama ada azan bagi solat-solat fardhu atau yang lainnya seperti azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir dan orang yang musafir. Hukum menjawab azan dan iqamah adalah SUNAT. Oleh itu, adalah dituntut oleh kita sebagai umat islam untuk menghormati laungan azan dan iqamah. Sebagai contoh, sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.

Umat islam telah didik bagaimana untuk menghormati azan, jadi, adakah sukar bagi kita, sebagai umat Muhammad SAW, sebagai Khalifah dimuka bumi ini, untuk adaptasi didikan tersebut. Apa salahnya, tika azan dilaungkan, kita berhenti seketika daripada berborak, bergelak ketawa, menonton tv, bersukan dan bercerita tentang perkara dunia? Tidak sukar bukan? Cuma keadaan yang melekakan telah melalaikan kita. Oleh itu, pada sesiapa yang 'ingat', nasihatila rakan2 anda pada waktu itu.

Menjawab azan dan iqamah adalah sunat walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardhu atau sunat, bersetubuh dan qadha hajat (buang air kecil atau besar), sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Makruh menjawab bagi orang yang ada najis dimulutnya.

Jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah ketika dia sedang membaca al-Qur’an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa sunat dia berhenti sekejap untuk menjawab azan dan iqamah tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386-387 dan al-Majmu‘: 3/124-125)

Jika terdengar sebahagian azan, sama ada pada bahagian yang awal ataupun yang akhir adalah sunat dijawab kedua-dua bahagian itu, walaupun dia tidak mendengar sebahagian azan yang awal itu. Adapun jika dia terdengar azan yang dilaungkan oleh beberapa orang seperti dia terdengar azan di kampungnya dan azan di kampung yang lain, maka sunat dia menjawab kedua-duanya. Berlainan halnya jika azan itu dikumandangkan dengan serentak, maka memadailah dengan sekali jawab. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386) - situasi ini dapat dialami di Mesir, mungkin juga di negara lain, di mana, ketika masuknya waktu solat, azan bersahut2an disetiap lorong jalan.

Oleh itu hormatilah azan dengan menjawab azan yang dilaungkan oleh mu'azzin iaitu dengan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh mu'azzin itu kecuali pada :

1] Kalimah haiya‘alatan

حي على الصلاة دان حي على الفلاح
maka dijawab dengan hawqalah, iaitu,

لاحول ولا قوة الا بالله
yang bermaksud, “Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah”.


2] Kalimah Tatswib [ketika azan subuh]

الصلاه خير من النوم
maka dijawab dengan,

صدقت وبررت
yang bermaksud, “Benarlah engkau dan jadilah engkau mempunyai kebajikan yang banyak”.


3] Sementara jawapan bagi kalimah

yang bermaksud, “Sesungguhnya telah didirikan sembahyang”.

maka dijawab dengan,

yang bermaksud, “Allah menetapkan dan mengekalkan sembahyang itu dan Allah menjadikan aku daripada orang yang saleh lagi ahli sembahyang”.


Sunat ke atas orang yang azan dan iqamah serta orang-orang yang mendengarnya bershalawat dan mengucapkan salam ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sesudah selesai daripada azan dan iqamah tersebut, jika jarak masa antara azan dan iqamah adalah lama, akan tetapi jika tidak lama masa selang azan dan iqamah itu, memadailah dengan bershalawat dan salam sekali sahaja selepas iqamah. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

“Apabila kamu mendengar orang yang azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah bagiku “wasilah”, kerana “wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “wasilah” untukku, wajib baginya syafaat.”

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)

Selepas selesai azan dan iqamah, sunat ke atas orang yang azan dan iqamah serta orang yang mendengarnya itu memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala doa al-wasilah dengan menadah kedua tangan, kerana sesiapa yang memohon doa al-wasilah itu akan beroleh syafa‘at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu:


Kemudian disunatkan berdoa di antara azan dan iqamah, seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Inilah di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya: “Tidak ditolak doa antara azan dan iqamah.”- Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi.

Antara lainnya, diriwayatkan bahawasanya,

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a., bahawa seorang lelaki berkata kepada
Rasulullah, "Sessunguhnya seorang muazim (tukang azan) memdapat fadhilat lebih
daripada kami." Rasulullah bersabda, "Sebutlah seperti yang disebutkan oleh
tukang azan. Setelah selesai, mintalah daripada Allah, pasti kamu akan diberi."

(Riwayat Abu Daud, sahih

Semoga post kali ini dapat memberi manfaat buat diri saya, dan kepada sesiapa yang membaca. Ameen.


ctnaquia esir
2210
19062009
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)

Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
(Surah al-Ma’idah: 58)

Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:

“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.

Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.

Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.





KELEBIHAN MELAUNGKAN AZAN

Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
(Riwayat Muttafaq `Alayh)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)

`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.


SUMBER RUJUKAN:

Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.

Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.

Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.

Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.

Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.


Sumber : Terjumpa ketika browsing mengenai AZAN.

InsyaAllah akan ada kesinambungan mengenai Menjawab Azan dan Kelebihannya.



ctnaquia esir
2121
15062009
qoute i've created myself :

EVERYBODY HAVE THEIR OWN PERSONALITY, THEN ACT LIKE THE ONE WHICH SUIT WITH IT. PEOPLE SAW, PEOPLE JUDGING 


Do think deeply of this phrase, anyone...anybody...
to me
to ppl i know
to those i ignore
to those i just knew
thanks~


ctnaquia esir
0918
14062009
Salam Alaik
(^_^)v


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kupanjatkan syukurku pada Allah SWT kerana mempermudahkan perjalanan pulang saya dari Cairo sehingga jejaknya kaki ini di tanah air tercinta, Malaysia. Alhamdulillah juga kerana saya dapat menatap wajah2 dan mendengar suara 'live' orang2 yang saya rindui selama terpisah beberapa benua dgn mereka.

Perjalanan juga lancar, cuma agak tidak selesa kerana perlu memakai mask sepanjang perjalanan, susahnya nk bernafas~~ berkuap...Agaknya mcm mner nk bertahan klu pkai mask beberapa jam time tgk/buat surgery nanti..Hmm...alah bisa, tegar biasa agaknya.

Dari Cairo ke Bahrain, kiranya kami bersepuluh sahaja rakyat Malaysia, tapi, dari Bahrain ke Malaysia, rasanya hampir 85% adalah rakyat Malaysia shj. Kebanyakannya jemaah2 yang baru selesaikan umrah di tanah suci. Ramai melayu ketika transit seketika di Bahrain waktu itu. Saya sendiri pon agak terkejut sbnrnya, terkeut sbb ramai Melayu. Sebab saya ingat balik Malaysia kali ni, tak ramai Melayu, sbb ramai lagi yg tak abis exam. Huhu. Disana, pelbagai peringkat umur ada, dari kecil, sampaila pakcik makcik yang da berumur. Alhamdulillah, syukur buat mereka kerana sudah berpeluang utk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dan membuat salah satu ibadah yang mulia di sana. Rezeki saya belum tiba lagi, masih tidak berkesempatan utk kesana. Ingatkan berpeluang Tanah Suci memandangkan menuntut ilmu di Mesir, tetapi yg berlaku sebaliknya. Perempuan tidak dibenarkan ke Tanah Suci, walaupun bersama beberapa kawan perempuan. Kena dgn keluarga atau suami. Takpela, insyaAllah, tak lama lagi akan tiba masanya buat saya ke sana (^_^)v.

Semenjak tiba, rasanya tak duduk diam saya. Ada shj tempat utk ditujui. Memandu pon da merata. Shopping pon da byk..kihkihkih :P

Balik kali ini, paling tak dpt dilupakan, kejutan yg superb from my family la. Adat la tuh klu ada kejutan setiap kali pulang ke Malaysia. Tapi kejutan kali i plg mantapla, sbb sy tengah tdo mati time tuh, pastu~~~~~~~~~~~~Biar saya dan orang2 yang telibat sahaja yg tahu. Huhu. Terima kasih buat kamu semua ye. To yani : senyap2 tau!! Shhh~~ (^_~)v haha =P

Ini sahaja kiranya yang dapat saya coretkan buat hari ini. [Malas nk on9 sbnrnya!!! (-.-")!!]


Selamat bercuti buat yang da start bercuti. Kamis ni kuar results, so, nantikanlah!! jengjengjeng.

Pada mereka yang masih dalam fatrah imtihan, bersabarlah, dan berusahala hingga titik peluh yg terakhir~~panaskan kt egypt? ;) kt Malaysia pon dua kali lima panas ja cam kt Egypt. Betahanla. Chaiyo2!!!




ctnaquia esir
10062009
0910