Salam Alaik
Morning =)

Pagi ni sebelum memulakan perkara wajib [studi la kan...ape lagi..huhu (^_^)v], quya tgk movie ni. Sebuah cerita karya Indonesia, dan yang pasti, bukan tentang Cinta, cinta adam dan hawa. Tapi cinta wujud antara sahabat, cinta pada ilmu. Best!!. Terima kasih buat kamu yg sarankan quya tgk cite nih =) Lepas ni mohon pinjam novelnya pula ya?! [i'll take care of the book, no worries, InsyaAllah].

Beberapa petikan yang menarik perhatian dalam cerita ini
Kalau nak pintar belajar, kalau nak berhasil usaha
Kecerdasan tidak diukur dengan angka-angka dan materi, tapi dengan hati
Tontonla bila da abis exam nnt ye!!~
ctnaquia esir
0826
18052009
2 comments:
wawawa...
mmg citer yang menarik sgt2...
lagi best baca nuku dia...
buku 1: Laskar pelangi
buku 2: sang pemimpi
buku 3: edensor
buku 4: maryamah karpov
~~~
Petikan pelbagai sumber
Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal.
Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.
Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak.
---------
DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi
Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original di negara ini.
klik http://www.motivasimindamu.blogspot.com
------
Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS.
Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia.
Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah.
Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak.
Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang.
Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual.
Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi.
Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung.
Andrea berkata, karya yang baik adalah apabila ia menjadi karya yang ditonton bukan karya yang dibaca. Imaginasi pembaca hidup dalam karya.
Catatan yang begitu teliti dalam Laskar Pelangi adalah kerana penagalaman yang traumatik sehingga ia begitu berkesan ke dalam fikirannya.
Karya mesti ditulis dengan jiwa.
Diskusi buku Andrea Hirata sudah melebihi 168 kali di seluruh Indonesia dan Malaysia.
Diskusi buku melibatkan masjid, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam.
Para peminat tidak mahu Laskar Pelangi difilemkan kerana mereka mahukan watak imaginasi yang mereka cipta hidup dalam fikiran masing-masing.
Novel keempat Andrea sudah ditempah bagi dijadikan filem meskipun ia sedang ditulis.
Andrea Hirata pada awalnya bukan novelis, tidak membaca karya sastera, tidak pernah ketemu dengan tokoh serta penulis novel.
Laskar Pelangi adalah catatan yang menjangkaui logik sastera yang diajar. Ia dianggap membebankan kepalanya dan menghilangkan manis dalam karyanya selepas dua tahun mempelajarinya. Kini dia kembali kepada metod Laskar Pelangi.
------
DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original dari Indonesia di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Post a Comment