Salam Alaik (^_^)v
Post kali ni berkait dgn post sebelumnya, iaitu, AZAN DAN KELEBIHANNYA.
Orang yang mendengar laungan azan dan iqamah sama ada azan bagi solat-solat fardhu atau yang lainnya seperti azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir dan orang yang musafir. Hukum menjawab azan dan iqamah adalah SUNAT. Oleh itu, adalah dituntut oleh kita sebagai umat islam untuk menghormati laungan azan dan iqamah. Sebagai contoh, sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.
Umat islam telah didik bagaimana untuk menghormati azan, jadi, adakah sukar bagi kita, sebagai umat Muhammad SAW, sebagai Khalifah dimuka bumi ini, untuk adaptasi didikan tersebut. Apa salahnya, tika azan dilaungkan, kita berhenti seketika daripada berborak, bergelak ketawa, menonton tv, bersukan dan bercerita tentang perkara dunia? Tidak sukar bukan? Cuma keadaan yang melekakan telah melalaikan kita. Oleh itu, pada sesiapa yang 'ingat', nasihatila rakan2 anda pada waktu itu.
Menjawab azan dan iqamah adalah sunat walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardhu atau sunat, bersetubuh dan qadha hajat (buang air kecil atau besar), sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Makruh menjawab bagi orang yang ada najis dimulutnya.
Jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah ketika dia sedang membaca al-Qur’an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa sunat dia berhenti sekejap untuk menjawab azan dan iqamah tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386-387 dan al-Majmu‘: 3/124-125)
Jika terdengar sebahagian azan, sama ada pada bahagian yang awal ataupun yang akhir adalah sunat dijawab kedua-dua bahagian itu, walaupun dia tidak mendengar sebahagian azan yang awal itu. Adapun jika dia terdengar azan yang dilaungkan oleh beberapa orang seperti dia terdengar azan di kampungnya dan azan di kampung yang lain, maka sunat dia menjawab kedua-duanya. Berlainan halnya jika azan itu dikumandangkan dengan serentak, maka memadailah dengan sekali jawab. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386) - situasi ini dapat dialami di Mesir, mungkin juga di negara lain, di mana, ketika masuknya waktu solat, azan bersahut2an disetiap lorong jalan.
Oleh itu hormatilah azan dengan menjawab azan yang dilaungkan oleh mu'azzin iaitu dengan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh mu'azzin itu kecuali pada :
1] Kalimah haiya‘alatan
حي على الصلاة دان حي على الفلاح
maka dijawab dengan hawqalah, iaitu,
لاحول ولا قوة الا بالله
yang bermaksud, “Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah”.
2] Kalimah Tatswib [ketika azan subuh]
الصلاه خير من النوم
maka dijawab dengan,
صدقت وبررت
yang bermaksud, “Benarlah engkau dan jadilah engkau mempunyai kebajikan yang banyak”.
3] Sementara jawapan bagi kalimah
yang bermaksud, “Sesungguhnya telah didirikan sembahyang”.
maka dijawab dengan,
yang bermaksud, “Allah menetapkan dan mengekalkan sembahyang itu dan Allah menjadikan aku daripada orang yang saleh lagi ahli sembahyang”.
Sunat ke atas orang yang azan dan iqamah serta orang-orang yang mendengarnya bershalawat dan mengucapkan salam ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sesudah selesai daripada azan dan iqamah tersebut, jika jarak masa antara azan dan iqamah adalah lama, akan tetapi jika tidak lama masa selang azan dan iqamah itu, memadailah dengan bershalawat dan salam sekali sahaja selepas iqamah. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Apabila kamu mendengar orang yang azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah bagiku “wasilah”, kerana “wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “wasilah” untukku, wajib baginya syafaat.”(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)
Selepas selesai azan dan iqamah, sunat ke atas orang yang azan dan iqamah serta orang yang mendengarnya itu memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala doa al-wasilah dengan menadah kedua tangan, kerana sesiapa yang memohon doa al-wasilah itu akan beroleh syafa‘at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu:
Kemudian disunatkan berdoa di antara azan dan iqamah, seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Inilah di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Tidak ditolak doa antara azan dan iqamah.”- Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi.
Antara lainnya, diriwayatkan bahawasanya,
Daripada Abdullah ibnu Umar r.a., bahawa seorang lelaki berkata kepadaRasulullah, "Sessunguhnya seorang muazim (tukang azan) memdapat fadhilat lebihdaripada kami." Rasulullah bersabda, "Sebutlah seperti yang disebutkan olehtukang azan. Setelah selesai, mintalah daripada Allah, pasti kamu akan diberi."(Riwayat Abu Daud, sahih
Semoga post kali ini dapat memberi manfaat buat diri saya, dan kepada sesiapa yang membaca. Ameen.
ctnaquia esir
2210
19062009
2 comments:
harap-harao, bila kita dah jawab azan, jangan pula lupa nak solat (solat jemaah insyaallah, awal waktu ; itu yang terbaik)
n_n
nice post.
jazakallah
Nice post. Jzkk.
Post a Comment