Salam Alaik.
Anggapan quia, tajuk ini sudah menarik, apatah lagi utk mengetahui isi disebalik tajuk tersebut. Mari kita baca dan renungkan bersama~
WANITA IDAMAN LELAKI
Hakikatnya, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?
Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.
Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:
1) Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2) Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
3) Jujur dan sentiasa merendah diri.
4) Lakukan apa yang dia suka.
5) Pandai menarik minat lelaki.
6) Jangan terlalu mengongkong.
7) Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
8) Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
9) Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
10) Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
11) Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
12) Jangan bersikap selalu jual mahal.
13) Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
14) Tidak mudah putus asa dan berdikari.
15) Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.
16) Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.
17) Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
18) Jadi pendengar setia bukan membangkang.
19) Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
20) Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
21) Mengetahui tarikh lahirnya.
22) Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
23) Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
24) Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
25) Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
26) Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
27) Jangan perasan anda jelita.
28) Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
29) Bersikap keibuan.
30) Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
31) Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
32) Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
33) Jangan bersikap terlalu kuno.
34) Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
35) Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.
Subhanallah,cerewetnya lelaki rupanya dalam memilih pasangan.Atas sebab itu,ramai wanita terlanjur usianya untuk berkahwin kerana lelaki terlalu memilih.Jom kita tengok pula ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita pula!
LELAKI IDAMAN WANITA
1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Alahai betapa mudahnya wanita memilih lelaki kerana waniat lebih mementingkan masa depan setelah mereka sudah berkeluarga.Maka di manakah kriteria pemilihan lelaki untuk masa depan mereka setelah berkeluarga?
Siapa kata wanita cerewet?Lelaki lebih cerewet sebenarnya.Namun bergantung pada pandangan masing-masing.ANDA SETUJU ATAU TIDAK?
p/s : utk peringaan diri sendiri jgk nih, huhu. org laen renung2kan (^_~)v
ctnaquia esir
1002
26062009
3 comments:
yurp2..lelaki mmg cerewet...mesti mau terbaik utk didik anak2 dan juga utk memastikan hati suami sentiasa tenang...isteri kene masak sedap2..isteri kene pandai basuh kain..kene pandai lipat kain...kene rajin tukar cadar n sapu sampah umah...pinggang juga harus dibasuh selpas makan...x lupa juga kpd tingkap2 umah ye,isteri kene buang habuk selalu...suami alergic... ;P
wah3!!~~~
HANIM!!!...baek kamu baca ape yg sito tulis nih..haha :P
SETUJU! tapi bukan semuanya cerewet.
TIDAK SETUJU! tapi ada juga yang cerewet. ^_^
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
-SURAH AN-NUR : 26-
Post a Comment