Selamat pagi dan selamat melakukan aktiviti tersendiri buat semua.
Utk beberapa hari ini, quia mengisi masa yang terluang dgn pelbagai aktiviti, paling berharga semestinya bersama keluarga, namun tidak ketinggalan, yang paling bermanfaat, membaca. Yang lain tu takyah nk hebah kt orang la kan. Huhu =P
Okies, back to my topic. CEMBURU~~ ni bab yang nakia baca semalam. Teringin utk berkongsi dan sesiapa yg sudi membaca (^_^)v. Yelah, CEMBURU adalah sesuatu yang general, semua orang mempunyai perasaan ini, namun ia lebih sinonim dgn kaum Hawa. Kenapa eikh?? sedangkan lelaki pon ada juga perasaan itu, betulkan? Hmm, pd quia, mungkin perempuan tunjuk perasaan mereka tuh, lelaki mereka simpan. MUNGKIN~~
Apa itu CEMBURU?
Cemburu ini bukanlah sesuatu yang selalu harus diertikan dengan suatu perasaan yg buruk. Seperti yang quia nyatakan diatas, hampir setiap orang miliki perasaan ini. Lazimnya, yang tersirat disebalik perasaan cemburu itu adalah suatu norma biasa, dimana, ia tanda bahawa seseorang mempunyai kemampuan untuk mencintai seseorang dan sekali gus tidak ingin kehilangan dia.
Menurut Kamus DBP pula, cemburu sinonim dengan iri hati, hasad, busuk hati, tidak senang hati, dan geram.
Disini, quia punyai pandangan yang berbeza antara cemburu dan iri hati. Pengertian bagi dua perkataan ini adalah jauh sekali. Umpamanya seseorang berkata, "Saya cemburu akan kekayaan dan kecantikannya." Padahal, yang sebetulnya adalah, "Saya iri hati dengan kekayaan dan kecantikannya." Iri hati terhadap milik orang lain, ini dapat merosakkan dan menghancurkan hidup seseorang. Kerana sikap iri hati ini mampu mengundang permusuhan. Tetapi cemburu yang meletakkan sesuatu pada tempatnya dapat mendorong seseorang untuk menghargai dan melindungi hubungan seseorang dengan pasangannya. Cemburu sebegini mengandungi manfaat sebab ia membuka mata kita terhadap sesuatua yang akan hilang dari diri kita.
Sebaliknya berlaku jika perasaan cemburu ini berkembang hebat sekali dalam diri seseorang, tetapi memendamkannya. Mereka membiarkan diri mereka ditelan rakus oleh perasaan cemburu sekaligus, akan memakan diri mereka. Maka berlakulah tindakan dan keputusan yang terburu-buru tanpa usul periksa. Seharusnya, mereka yang dibelenggu perasaan ini perlu melakukan sesuatu yang dapat mendorong, sekaligus mengubahnya menjadi kekuatan positif yang bermanfaat.
Konklusi dari aspek pengertian, quia nak menekankan bahawasanya, cemburu ini bukanlah sesuatu yang buruk, selagi dalam keadaan terkawal dan berfikiran waras. Cemburu dalam iman la senang cakap [err..ade ke??..haha..well...'quia dengan analoginya~'].
CEMBURU CINTA, CEMBURU BUTA
Cemburu cinta wujud pada kehidupan bekeluarga, pada pasangan suami dan isteri. Seorang suami cemburu pada isterinya, dan sebaliknya berlaku pada si isteri. Cemburu cinta wujud kerana khuatir akan miliknya diambil oleh orang lain. Cemburu cinta bukti dari rasa cinta yang mendalam daripada pasangan suami isteri. Perkahwinan akan menjadi kuat disebabkan adanya kecemburuan ini kerana akan melahirkan cinta antara dua hati. Cemburu bukanlah suatu alat yang dipakai untuk mengukur kedalaman cinta, ia hanya membuat kecemasan dalam diri orang yang mencintai. Tanpa cemburu, institusi rumahtangga akan hancur, kerana tidak memiliki rasa tanggungjawab kasih sayang antara satu sama lain.
Islam membolehkan cemburu ini agar suami dan isteri dapat hidup dengan tenang, bahagia serta terhindar dari perbuatan serong dan maksiat.
Sabda Rasullulah SAW :
Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, dan midzak (memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk dalam sifat munafik.[HR. Bazar dan Baihaqi]
Cemburu buta pula sebaliknya. Ia tidak lebih timbul dari rasa takut, perasaan yg diputuskan tanpa sebab musabab dan secara membuta tuli. Selepas itu, berlakulah adegan-adegan yang seakannya bakal memalukan si pencemburu buta itu.
Pabila seseorang terlibat dalam cemburu jangan sesekali membandingkan diri setaraf dengan orang yang dicemburui, atau merasa setaraf dengannya. Penting nih!! sebab, pemikiran sebegitu menyatakan dia lebih baik dari kita. Sepatutnya, kita harus merasakan bahawa diri kita lebih unik dan berharga. Mengawal pemikiran kita sangat penting, pemikiran yang positif membantu kita untuk membangunkan harga diri sendiri.
Mengakui diri cemburu bukanlah menggambarkan emosi kita yang lemah dan tidak baik, sebaliknya ia telah membantu diri untuk menolak rasa rendah diri. Kerana sesungguhnya rasa cemburu adalah normal. Tentunya bukan cemburu buta!!
Sekian (^_^)v
"JEALOUSY IS A DISEASE, LOVE IS A HEALTHY CONDITION. THE IMMATURE MIND OFTEN MISTAKES ONE FOR THE OTHER, OR ASSUMES THAT THE GREATER THE LOVE, THE GREATER THE JEALOUSY. IN FACT, THEY ARE ALMOST INCOMPATIBLE; ONE EMOTION HARDLY LEAVES ROOM FOR THE OTHER. BOTH AT ONCE CAN PRODUCE UNBEARABLE TURNOIL."-ROBERT HEINLEIN~
ctnaquia esir
1058
09072009
2 comments:
jazakallah.
nice post. dapat smthing b4 g klas. terima kasih. n_n
cemburu ngan iri hati.. hmmm nampak sama jer, mungkin sbb cara kita tgk sesuatu yg pengaruhi kita. kita tgk cemburu tu dr aspek positif so, kita rasa cemburu tu bukanlah sikap yang tidak baik sebenarnya. (rasanyalah. n_n minta maaf kalau silap.) "What u c is what u get"
terbaca satu hadis nabi yang ada perkataan iri hati (bm, yg arab xtau la pula.)
Dari Abdullah bin Mas'ud berkata Rasulullah saw bersabda - "tidak boleh iri hati melainkan pada 2 perkara: (1) seorang yang diberikan harta (yang halal) lalu dia infaqkan untuk perkara hak(untuk mendapat redha Allah), dan (2) seorang yang diberikan hikmah (ilmu khususnya berkaitan alquran) lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya." - Bukhari & Muslim -
abes cmne ngn cemburu ngn org pandai dari kite? bese je eh?
Post a Comment