Tertarik dgn sebuah kisah ketika membaca taklim selepas marghib semalam. Namun sebelum menceritakan kisah tersebut, quia dahulukan mukaddimahnya supaya kita sama-sama dapat faham dengan lebih lanjut mengenai kisah tersebut.
~~~~~~~~~~~
Sabda Rasululluah SAW, jangan melambat-lambatkan dalam TIGA perkara, iaitu :
- Solat, apabila telah masuk waktunya
- Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan
- Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.
Disini, quia ingin fokus pada poin pertama, mengenai SOLAT. Apakah maksud solat sbnrnya? Solat bermakna, segala amalan, tindakan, tertib yg kita lakukan dalam solat, kita keluarkan dalam solat. Bagaimana? Dalam solat kita jaga pandangan, kita membaca al-quran, kita menyebut nama Allah dan sebagainya, begitu juga perkara yg sama perlu dilakukan apabila kita tidak bersolat. Dan, sebenar-benar solat adalah solat yang dapat menghindarkan kita dari keburukan.
Alhamdulillah, antara kita masih ada yang mengambil berat tentang solat. Akan tetapi, disebabkan faktor-faktor tertentu [safar, aktiviti, perniagaan, kelas] maka banyak solat yang ditinggalkan. Setelah pulang ke rumah barulah kelam-kabut untuk mengqada'kan solat-solat yang ditinggalkan itu, Nauzubillahiminzalik. Tidak mengerjakan solat pada waktunya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit dan seumpamanya adalah satu dosa besar. Mafhum sebuah hadith :
"Sesiapa yang mengumpul dua solat tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar."(Riwayat drpd Hazrat Abdullah bin Abbas RA, Hadith riwayat Imam Hakim)
Sedar atau tidak, kita dengan sengaja telah menambahkan beban lagi pd diri. Seharusnya kita mengelak dari kejadian seperti ini. Oleh itu, kita harus berusaha utk menjaga solat kita. Menjaga solat pula bermaksud, mensucikan diri dari hadas, tertib wuduk yang sempurna, solat diawal waktu, menjaga rukun dalam solat, dan yang sering diabaikan dan dilupakan, tokmaninah, ketenangan dalam solat.
Diriwayatkan oleh Hazrat Abdullah bin Amr RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menjaga solatnya akan menjadi nur [cahaya], pembela dan penyelamat baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat. Pada hari akhirat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman, dan Ubai bin Kalaf."(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).
5 KEISTIMEWAAN SESIAPA YANG MENJAGA SOLAT :
- Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
- Dihindarkan dari azab kubur
- Menerima buku catitan amalnya dari tangan kanan
- Melintasi titian sirat sepantas kilat
- Memasuki syurga tanpa hisab.
~~~~~~~~~~~
Kisah yang ingin quia ceritakan adalah mengenai 'Melengah-lengahkan Solat'. Begini kisahnya :
Adalah menjadi kebiasaan baginda Rasulullah SAW selepas solat subuh, Baginda akan bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa yang bermimpi malam tadi?." Jika ada dikalangan para sahabat yang bermimpi maka mereka akan menceritakan mimpi itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW akan menafsirkan mimpi itu.
Pada suatu pagi, seperti biasa Baginda SAW bertanya kepada para sahabat. Kemudian Baginda SAW sendiri bersabda, "Semalam saya bermimpi dua orang datang lalu membawa saya pergi bersama mereka."
Kemudian Baginda SAW menceritakan mimpi yang panjang. Antara yang dilihat oleh Baginda SAW adalah syurga, neraka dan manusia yang sedang diazab deangan berbagai-bagai jenis siksaan dalam neraka. Daripada keseluruhan azab yang dilihat, antaranya ialah seorang yang dihancurkan kepalanya dengan batu dan dihentak begitu kuat sehingga batu tersebut terpelanting jauh. Semasa batu itu diambil semula, kepala itu kembali menjadi seperti sediakala. dan sekali lagi kepalanya dihentak dengan batu tersebut itu dengan kuat, dan demikianlah penyeksaan itu berterusan.
Baginda Rasululluh SAW bertanya kepada kedua-dua temannya [para Malaikat], "Siapakah orang ini?". Para Malaikat menjawab, "Orang ini pernah belajar Al-quran dan dia tidak mengamalkannya dan dia tidur tanpa mengerjakan solat fardhu."
Dalam sebuah hadith yang hampir serupa, bahawa Rasullullah SAW telah bermimpi melihat segolongan manusia yang diseksa dengan cara yang sama sebagaimana yang telah ditulis diatas. Selepas ditanya oleh Baginda SAW, Jibrail AS memberitahu bahawa, "Mereka itu ialah golongan yang melengah-lengahkan solat." [At-Targhib]
Semoga post ini dapat membuka minda saya dan sesiapa yang membaca. Sekarang, terpulang pada diri kita, samada kita hendak menjaga solat atau masih degil dengan kejahilan sendiri untuk kekal seperti biasa.
Wallahualam.
P/S : Jeles dgn aman sebab dia tengah seronok mengisi perutnya dgn buah2an bersama-sama seluruh ahli keluarganya. [nak jugak!!]
ctnaquia esir
1030
04072009
0 comments:
Post a Comment